LIKE PAGE FACEBOOK CILI FM

KLIP KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI CILI FM

BERMULA Januari 2013, kami di Cili Fm ada memasukkan klip pilihan kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus yang akan disiarkan secara rawak menerusi sistem auto player setiap jam menerusi siaran kami. Pembaharuan ini dilakukan bertujuan untuk memanfaatkan segala usaha yang ada agar dapat memastikan kepuasan citarasa pendengar Cili Fm khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya supaya tidak disogokkan dengan hiburan kosong semata mata..

Menjadi visi dan misi Cili Fm untuk menjadikan siaran ini sebagai stesen alternatif buat penggemar siaran radio seluruh dunia dengan kelainan yang melawan arus untuk mewujudkan sebuah stesen radio yang bebas, telus dan lebih mesra pendengar.

Dari sudut segmen siaran, buat masa ini Cili Fm masih dalam mempertingkatkan isi kandungan rancangan dimana kami lebih mengutamakan aspek perbincangan bersama pendengar berkaitan soal hal ehwal semasa dalam dan luar negara dan perjalanan setiap segmen dijalankan dalam suasana santai dan bersahaja oleh kendalian dj dj yang bertugas.

Untuk makluman, buat masa ini belum ada sebarang tajaan ataupun pengiklanan dari mana2 pihak di stesen radio ini dan kami amat mengalu alukan jika ada pihak yang ingin mendapatkan siaran tajaan di sini dan segala urusan tajaan atau pengiklanan serta sebarang cadangan, komen atau pendapat boleh disalurkan ke cilifm@ymail.com untuk perhatian dan tindakan oleh pihak kami. Terima kasih atas kesudian anda melayari halaman kami dan teruskan menyokong kebebasan media di Cili Fm...Pedasss...

chatbox


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.