LIKE PAGE FACEBOOK CILI FM

SOKONGAN KEBEBASAN MEDIA KIAN MENINGKAT

     CILI FM : 16 JANUARI 2013, Sejak dilancarkan pada 02 Jun, 2012. Radio Internet Cili Fm kini telah mendapat sambutan yang kian meningkat dari seluruh masyarakat Malaysia yang dahagakan maklumat telus dan terkini dimana penyebaran maklumat lebih cepat dan tepat dari sumber terpilih. Ini diperkatakan kerana bilangan pendengar yang semakin bertambah dari hari ke hari dan jumlah like fan page rasmi radio ini di facebook yang kini melebihi 5000 peminat sejak dilancarkan enam bulan lalu.
     Konsep penyiaran yang lebih pedas dan bebas menjadi daya tarikan utama pendengar untuk terus mengikuti siaran ini disamping keupayaan dj2 bertugas walaupun buat masa ini dj2 bertugas tanpa mengikut jadual kerana kekurangan tenaga kerja dan dana pembangunan siaran.
     Walau bagaimanapun, Cili Fm di bawah pengurusan baru kini mula mengorak langkah dengan mengeluarkan produk2 jenama Radio Internet Cili Fm dengan permulaan memperkenalkan kalender ekslusif yang berharga RM10 seunit sebagai produk sulung dan akan diikuti oleh beberapa produk lain yang akan di warwarkan dari masa ke semasa.
     Radio Internet Cili Fm mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada dari pengurusan mahupun pendengar yang terus menyokong siaran radio ini bagi memastikan kelainan dalam persembahan sekaligus menyemarakkan kebebasan media dengan penyampai berita dan isu isu yang kadang kala menyebabkan ada dikalangan pendengar yang kepedasan sehinggakan sudah beberapa kali kami di Cili Fm menerima ugutan dari pihak yang takut akan keberanian kami membicarakan pelbagai isu terutama isu isu politik dalam negara dan penyampaian maklumat serta perbincangan secara telus dan bertanggungjawab.
     Namun begitu, semangat kami akan tetap berterusan bagi menjunjung kebebasan media berlandaskan suara demokrasi di negara yang kita cintai ini. teruskan bersama kami dan nantikan penambahbaikkan dari masa ke semasa.

chatbox


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.